top of page

5 Tempat Burger Lazat Di Sekitar Lembah Kelang | iPick

Burger merupakan sajian popular yang amat mudah, senang untuk disediakan dan dijumpai di sekitar tempat; pasar malam, bazaar dan juga di tepi jalan. Tapi, bagaimana pula ‘burger eksklusif’? Jom lihat seterusnya ini untuk mengetahui selanjutnya.

MyBurgerLab

Dalam tempoh 6 jam, premis makanan yang terletak di Seapark ini, berjaya menjual kira-kira 200 burger…hebat bukan? Berkunjunglah ke MyBurgerLab, sebuah tempat khas untuk peminat-peminat hidangan burger yang paling popular di sekitar kawasan ini. Sajiannya, kami pasti mampu membuat anda terliur. Dengan bermacam jenis pilihan burger dari menu mereka ataupun jika anda ingin menghasilkan burger dengan isi dan rempah tersendiri, keputusannya terletak pada anda.

Burger Junkyard

Pernahkah anda ke restoran yang membela tikus-tikus sebagai pelayan anda sementara menunggu hidangan? Usah risau, kerana ianya adalah patung kain, sebagai nombor tempahan anda. Berbalik ke sajiannya, burger di sini bertemakan ala-ala kenegeraan seperti sajian istimewanya, ‘Texas Hold Me’ (tiada ‘tax’ ya) dan burger ‘Ratatouille’. Dengan isinya yang unik, sos yang berlebih-lebih, pastinya ia ‘gravy’ dan ‘sloppy’ untuk santapan bagi anda yang berkunjung ke Burger Junkyard.

KGB Killer Gourmet Burgers

KGB di Russia adalah satu pasukan perisik terkenal, tapi di sini, KGB Killer Gourmet Burgers berjaya mempesonakan komuniti dengan tempat burger yang tersendiri. Dengan kombinasi KGB- Russia, daging ‘patty’- Australia, dan gaya hiasan ala ‘US’, tiga kombinasi yang amat berbeza tetapi amat menyerlah di mata ramai. Berbekalkan kreativiti, hidangan-hidangan di sini terutamanya Burger Shack mereka yang berlapiskan keju dan patty 100% asli Australia, keenakannya tentunya akan terungkai di dalam mulut anda.

Harley’s

Senantiasa di TTDI, agak banyak tempat-tempat makan dengan keistimewaan tersendiri. Tidak terkecuali juga, Harley’s. Konsepnya, iaitu kembali kepada asas ternyata berlainan daripada tempat-tempat burger lain yang agak mewah pada pandangan kasarnya. Seperti gerai-gerai burger, begitulah yang anda akan lihat. Tetapi, fokus mereka adalah untuk memberi kemewahan dalam rasa dan kenikmatan yang tak terhingga melalui hidangan burgernya.

Burgertory

Saintis yang pakar membuat burger, begitulah hasilnya apabila anda menjejakkan kaki ke pintu masuk Burgertory. Eksperimen-eksperimen rahsia mereka di makmal ini telah membuahkan hasil. Secara eksklusifnya, di sini hidangan ‘Pork Burger’, mempunyai kelas yang tersendiri. Dengan daging yang premium, khas untuk anda, burger dengan sentuhan penuh ivonasi ini tentunya menyempurnakan hari anda.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
bottom of page